Tuesday 9 April 2013

Jawapan Sebenar Untuk Lulus Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik M41)

Pengumuman: Ebook ini khas untuk mereka yang ingin mencerahkan peluang untuk lulus peperiksaan PTD pada 13 April 2013 ini.


Panduan Tips PTD

Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 13 April 2013


“Bahan bacaan ini menyebabkan anda tak perlu bersusah-payah menyelongkar maklumat di internet. Apabila dibaca dan mengikut panduan yang dinyatakan, ia dijamin dapat membantu mereka yang ingin lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.”


Ini adalah maklumbalas para pembaca yang telah mempraktikan segala maklumat yang didedahkan dalam panduan Tips PTD yang lepas.
 

Buat pengetahuan umum, panduan ini telah membantu orang ramai untuk tampil lebih berkeyakinan dan berilmu, semasa menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada sesi-sesi yang lepas. Buat calon peperiksaan yang akan berlangsung pada 13 April 2013, panduan ini amat disyorkan kepada anda. Baca testimoni pelanggan ini…

Adakah ebook ini mempunyai magis? Tidak. Semuanya kerana salah satu untuk seseorang itu berjaya adalah…

Mempunyai Ilmu – Langkah Pertama Lulus Peperiksaan PTD

Apabila kita membuat keputusan untuk menjadi penulis ebook, kita perlu belajar ilmu-ilmu mengenai selok belok ebook. Begitu juga dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41. Kita perlu mempunyai ilmu bagi melengkapkan diri sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Menurut pemilik laman web Tips PTD, terdapat 3 sebab yang mendorong mereka sentiasa gagal dalam peperiksaan bertulis ini. Antaranya adalah:
  • Menggunakan nasib – Jika lulus, maka lulus. Jika gagal, apa boleh buat.
  • Tidak berusaha – Tidak melakukan kajian tentang keperluan peperiksaan.
  • Tidak mempunyai ilmu / panduan yang betul – Majoriti yang gagal dalam peperiksaan ini tidak mempunyai panduan yang betul, bagi menjawab kehendak soalan.


Panduan Tips PTD – Soalan Bocor, Langgar Undang-undang?

Terdapat satu pertanyaan yang menarik daripada prospek yang berminat. Soalannya agak relevan memandangkan panduan ini telah terbukti banyak membantu orang ramai.

Soalan itu adalah:

“Adakah kandungan panduan Tips PTD ini adalah soalan-soalan bocor daripada pihak SPA? Adakah panduan ini melanggar undang-undang?”
Bagi menjawab soalan ini, tim Tips PTD yang diketuai oleh Tuan Muaz Hadi menulis kenyataan seperti berikut:

“Panduan Tips PTD tidak mengandungi sebarang soalan bocor. Kami juga tidak memperoleh maklumat berdasarkan ‘kabel-kabel’ tertentu atau sumber dalaman.”

Tambah beliau lagi,

“Soalan peperiksaan awam tidak boleh didedahkan kepada umum kerana tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Setiap maklumat yang dihimpunkan dalam panduan ini adalah hasil penilitian dan kajian tim Tips PTD sendiri.”
Namun begitu, apa yang ingin ditekankan bahawa setiap isi kandungan yang terdapat dalam panduan Tips PTD ini memberikan gambaran soalan yang seakan-akan sama dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang bakal berlangsung 13 April 2013 ini.


Panduan Tips PTD – Bukan Untuk Semua Orang

Jelas sekali, bukan semua orang harus memilik panduan ini. Ia hanya untuk para pembacan yang serius dan betul-betul mahu lulus dan diterima bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
Dalam Panduan Tips PTD, kita akan memperoleh pakej-pakej maklumat seperti berikut:

14 Contoh esei - 7 contoh esei bahasa Melayu dan 7 contoh esei bahasa Inggeris. Membantu kita untuk menjawab soalan-soalan esei yang dikemukakan dalam peperiksaan 13 April 2013.

Pecahan Format Setiap Seksyen - Team Tips PTD memberikan maklumat secara terperinci mengenai format untuk setiap seksyen.

180+ Contoh Soalan Matematik - Koleksi soalan Matematik Khas Peperiksaan Kerajaan. Harga sebenar untuk pakej ini adalah RM40 jika dibeli secara berasingan.

4 Nota Isu Semasa – Nota isu semasa yang terkini yakni versi 2011/2012 yang diperoleh daripada sumber autoriti. Nota ini sangat penting untuk kita lulus dalam peperiksaan PTD 13 April 2013 ini.

Kemaskini Percuma (Selama 5 tahun) – Ini adalah tawaran gila yang ditawarkan oleh penulisnya, iaitu Tuan Muaz Hadi. Kita akan diberikan nota kemaskini percuma setiap kali peperiksaan PTD yang berlangsung setiap tahun.
Ini bermakna, apabila kita membeli Panduan Tips PTD, kita telah bijak mengurus masa dan menjimatkan wang ringgit daripada melakukan pencarian maklumat yang semestinya akan mengambil masa berjam-jam (masa adalah kos bagi sesetengah orang), bagi mempelajari cara yang betul supaya lulus dalam peperiksaan PTD.


Panduan Tips PTD – Jaminan Pulangan Wang Dikembalikan
  
Mereka sudah membantu lebih 7,000 calon peperiksaan kerajaan sejaktahun 2009. Andai kata kita gagal dan tidak berpuas hati dengan e-book Tips PTD, terus minta semula wang kita serta merta.
Tuan Muaz Hadi dan seluruh tim mereka berani membuat jaminan yang merugikan pihaknya kerana mereka percaya dengan jaminan “Pakej Sampai Lulus” yang ditawarkan selama 5 tahun beserta dengan kemas- kini percuma untuk setiap edisi.

Jadi, tidak ada sebarang kerugian yang berpihak pada pembeli. Semua risiko ditanggung oleh tim Tips PTD. Sekiranya kita sudah melakukan tindakan seperti:

Tindakan Ke-1 : Beli (Klik di sini).  
Tindakan Ke-2 : Ulangkaji e-book.
Tindakan Ke-3 : Hadir ke peperiksaan.
Kemudian kita dapati setiap maklumat yang dibekalkan langsung tidak membantu. Terus hubungi team Tips PTD untuk dapatkan semula wang kita 100% tanpa ada soal bicara daripada pihak tim tips PTD.
Beli Sekarang, atau Menyesal Kemudian (11 April Jualan Ditutup)


Saturday 20 August 2011

Bagaimana Memohon Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Tidak dinafikan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan salah satu kerjaya yang menarik minat ramai pencari kerja saban tahun. Dalam pada itu, penulis juga mendapati terdapat beberapa soalan yang sering diutarakan oleh mereka. Antaranya ialah kelayakan untuk dilantik sebagai PTD. Justeru bagi menjawab persoalan tersebut, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan bagi mereka yang berminat:

1. Warganegara Malaysia.

2. Tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan.

3. Kelayakan:

3.1 Ijazah sarjana muda kepujian, yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.2 Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.3 Ijazah doktor falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.4 Lulus peperiksaan bagi memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan.

4. Kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM.
(Dipetik daripada Skim Perkhidmatan)

Cara untuk memohon pula ialah dengan mengisi borang SPA8i yang boleh didapati secara percuma di laman sesawang www.spa.gov.my atau di laman www.jobsmalaysia.gov.my.

Selain itu beberapa makluman tambahan yang dipetik daripada laman sesawang SPA mengenai iklan jawatan dan tempoh sah laku pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Mulai tahun 2009, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan oleh SPA sebelum ini sebanyak 2 kali setahun. Walau bagaimanapun SPA menyiarkan iklan sepanjang masa di portal SPA. Oleh itu, para pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPA pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

2. Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh setahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA. Selain itu, ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu tahun. Bagi pemohon KPSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).
Untuk soalan-soalan lazim lain, anda boleh  klik sini

10 Tips Exam PTD

Salam ceria calon PTD,

,
Peperiksaan pegawai tadbir diplomatik akan datang ini amat susah (sekiranya tak tahu caranya) jika anda ingin berjaya menjadi pegawai tadbir diplomatik (PTD). Laluan seterusnya hanya boleh dilalui jika anda berjaya melepasi halangan pertama ini. Antara pertanyaan yang selalu dikemukakan ialah apakah soalan yang akan keluar dalam peperiksaan tersebut.

Sebenarnya tidak ada soalan ramalan mahupun koleksi soalan. Namun bagi tidak mengecewakan anda berikut adalah beberapa tip bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

1. Panduan peperiksaan ada dinyatakan di dalam surat panggilan. Baca dengan teliti dan buat persediaan sebagaimana diterangkan.

2. Tingkatkan pengetahuan am anda melalui pembacaan surat khabar, majalah dan buku yang berkualiti.

3. Mahirkan diri dengan bahasa Malaysia dan Inggeris dengan merujuk kamus apabila perlu.

4. Ulangkaji matapelajaran matematik sehingga peringkat SPM dan banyakkan latihan.

5. Latih diri mental anda berlatih menyelesaikan soalan-soalan yang menguji IQ anda menggunakan buku-buku yang ada di pasaran.

6. Berlatih menulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

7. Tambahkan stamina mental dan fizikal anda dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

8. Bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dengan rakan-rakan yang akan dan telah menduduki peperiksaan.

9. Jaga kesihatan diri anda.

10. Kuatkan semangat.

Ok,bBegitulah 10 tips exam PTD yang dapat saya berikan pada kali ini. Pada entry akan datang saya akan cuba memberikan beberapa contoh soalan. Jumpa lagi.

P/s: Terdapat banyak lagi tip-tip peperiksaan PTD di dalam bab 7, buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Untuk mendapatkannya anda boleh klik di sini.

P/s/s: Anda boleh dapatkan buku ‘Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan PTD’ dengan klik di sini

Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

TERKINI (3 Mei 2012): Jualan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik M41 telah dibuka kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan kemasukan ke jawatan tersebut pada 12 Mei 2012.

 Semakan Calon Klik Sini | Panduan Peperiksaan Klik Sini

Salam ceria calon PTD,

Bagi para calon PTD untuk bulan Mei 2012 sekalian, contoh soalan exam PTD ini bagi membantu anda semua, berikut adalah contoh-contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik (PTD). Ini hanya contoh sahaja bukan soalan yang akan keluar.  Ini kerana soalan exam PTD adalah rahsia. Contoh soalan PTD ini hanya sekadar mengikut model soalan yang lalu.

Hemm… sudah bersedia? Mari kita lihat:

1. Soalan pengetahuan am: Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama buat Malaysia?
2. Soalan matematik: 87 (1+21) = ?
3. Soalan esei (Bahasa Melayu): E-Dagang kini merupakan salah satu salah bentuk perniagaan pilihan. Nyatakan kelebihan dan kekurangannya.
4. Soalan esei (Bahasa Inggeris): Petrol price increase. Discuss its impact towards nation.
5. Soalan daya menyelesaikan masalah: Semasa perlumbaan lumba lari, anda merupakan peserta terakhir.

Tiba-tiba ada peserta lain yang memotong anda. Jadi apakah kedudukan anda sekarang?
Begitulah serba sedikit contoh soalan yang mampu sayaberikan. Harapan saya agar anda berjaya dalam peperiksaan PTD nanti. Selamat berusaha.

P/s: Anda boleh dapatkan buku ‘Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan PTD’ yang lengkap dengan klik di sini.